Wednesday, January 23, 2008

ASSALAAMUALAIKUM

WARISAN WALI SONGO

Selamat Datang ke laman blog perhimpunan Keluarga Kuala Pilah-Rembau Haji Mohammad Noor Abdullah. Sudah agak duo bulan laman weblog ini wujud, yang mengambil sempena perjumpaan kali pertama kedua keluarga Haji Mohammad Noor Abdullah dari Rembau dan Kuala Pilah, yang telah diadakan pada Sabtu, 081207, di Dewan Pengaman PULAPOL, Kuala Lumpur. Adalah diharapkan laman weblog ini akan menjadi tempat berkumpulnya secara maya kedua dua belah keluarga besar ini untuk bertegur sapa.

Singgah jenguk lah selalu membawa khabar berita keluarga masing masing untuk di kongsi bersama. Bawalah gambar gambar supaya dapat mengeratkan lagi perkenalan. Berilah cadangan cadangan untuk memaksimakan pekdah manfaat dari laman weblog ini.

Terima kasih kepada Dato Amir Nordin, Tuan Abu Shuib Ayob, dan Puan Norisah Jensen, yang telah awal awal lagi sudi memberi komen dalam laman weblog ini. Teruskan lah memberi komen dan cadangan untuk memupuk semangat hidup laman weblog ini. Hopefully Puan Norisah could bear with me until I can prepare an English version of this weblog. Banyak bona bondo nak di translate ini, soba lah yoo!.Terima kasih pada Amir Hamzah Abu yang sudi mengupdatekan salasilah Tok Ki Bariah. Update Sabariah (nama sebenar mengikut Atok Ayub) sudah pun diselitkan dalam Carta Salasilah Gadang. Sebenarnya sumbangan dari semua anggota kedua dua belah keluarga ini amat di alu alukan untuk menjadi penentu kejayaan dan survival laman weblog Keluarga Haji Kohammad Noor ini. Kok sedaro tak koso nak menyumbang, tak dapek den nak nolong doh...

Assalaamualaikum kepada Warikh Warikh yang sudah mencapai Hakikat dan Makrifat nya. Harap agar ilmu pedoman dapat diperturunkan kepada anak anak cucu melalui Tazkirah Haji Mohammad Noor dalam laman weblog ini. Terima kasih kepada Tuan Haji Nong Razif yang sudi berkongsi bersama kita butir butir mutiara dari Perjalanan nya mencari Keredhaan Illahi.
Kepada cik gu cik gu harap dapat berkongsi bersama tips tips pembelajaran dan menghadapi peperiksaan untuk anak anak yang masih bersekolah. Lebih baik lagi kalau ada yang berminat mengendalikan tuition online dan khidmat counselling pelajar bermasalah dalam laman weblog ini. Untuk anak anak sudah pun di sediakan Online Tuition untuk UPSR, PMR dan SPM. InsyaAllah nanti akan diadakan juga Sudut bacaan online buku buku elektronik dan Online Games. Amacam..best tak?

Kepada warikh warikh yang tokona sodap masakan nogori eh misalan masak lomak sembilang cili api, daging salai, samba tompoyak, gulai ikan koring pisang mudo, silo kungsi petuo dalam laman weblog ini sobolum ilmu pupuih.

Kepada warikh warikh yang berniaga, laman ini buleh di gunakan sebagai platform e-niaga dan mendapatkan downline mereka mereka yang berkecimpung dalam multilevel marketing. Sapo laii nak nolong kok bukan warikh sendiri!. Saudara Amir Abu dan Saudara Nong sudah pun memasarkan produk produk niaga meraka dalam laman weblog ini. Sila lah warikh warikh membantu muamalat mereka ini.

Satu Sudut Karya sudah pun dimulai dengan persembahan pertama sebuah cerpen 'Telur Rebus' nukilan Tuan Haji Nong. Kepada saudara yang minat melukis sila scan hasil kerja anda supaya dapat di paparkan dalam satu galeri seni dalam weblog ini.

InsyaAllah Abang Bosa akan menyediakan satu ruang Kemusykilan Kesihatan, dimana warikh warikh yang mempunyai masaalah kesihatan boleh lah membuat perundingan on line, gerenti free.

Abang Bosa[Dr Zaharuddin Abdullah, [K]GEN6, [1]GEN7,
Blogmaster. pisbsg2003@yahoo.com]


Posted by ZAHAR7273 at 8:07 AM 2 comments

No comments: